Translate

11 March 2018

Polis siasat lelaki pandu mercedes hitam lawan arus


Polis siasat lelaki pandu lawan arus

WARTAWAN SINAR HARIAN
9 MAC 2018

FacebookTwitterWhatsAppEmailMore3.4K

Insiden pemandu Mercedes Benz yang dilapor memandu melawan arus di laluan sehala hingga melanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza, kelmarin
A- A+ (Ubah saiz teks)


PETALING JAYA - Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pemandu Mercedes Benz yang dilapor memandu melawan arus di laluan sehala hingga melanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.57 malam semalam di PJU5/10 di sini, insiden dirakam orang awam yang berada di lokasi.

Video berdurasi dua minit tiga saat itu tular di media sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi netizen.=

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, susulan kejadian itu, pemandu kereta Perodua Bezza berusia 26 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 11.49 pagi tadi, di Balai Polis Kota Damansara.

“Siasatan awal mendapati, pemandu Mercedes Benz berusia 36 tahun itu memandu melawan arus sebelum sengaja melanggar bonet kereta Perodua Bezza.

“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1982,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta Mercedes Benz berkenaan bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan air kencing dilakukan mendapati lelaki itu negatif dadah.

“Kejadian itu berlaku lebih 30 minit sebelum pemandu Mercedes Benz itu mengundurkan kenderaan sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED