Translate

12 March 2018

Pelakon Fouziah Gous Minta Netizen Bantu Hebahkan Anak Saudaranya Diculik


Fouziah Minta Netizen Bantu Hebahkan Anak Saudaranya Diculik

Details Published on Monday, 12 March 2018 12:06




.

Dua kanak-kanak yang didakwa dilarikan individu tidak dikenali dari sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, 8 Mac lalu, rupa-rupanya adalah anak saudara kepada pelakon Fouziah Gous.

Memetik laporan Sinar Harian, Fouziah turut giat membuat hebahan bagi pencarian kanak-kanak tersebut melalui laman Instagramnya (IG).

"Saya minta jasa baik anda semua untuk membantu saya untuk share gambar anak anak ini.

"Dan doakan semoga kami dapat menemukan kembali salah satu ahli terdekat saya ini.

"Sebarang maklumat hubungi nombor di atas (swipe ke kanan) atau boleh DM (direct message) saya," tulisnya.

.

Menurut Fouziah, sehingga hari ini keluarganya buntu kerana masih tidak tahu nasib yang menimpa dua kanak-kanak terbabit.

"Ada orang di luar sana yang kata mereka dah dijumpai. Ada pula yang fikir mereka dengan ibunya tapi apakah buktinya? Kami mahukan bukti!

"Ini bukanlah soal keluarga tapi soal bukti. Siapa yang ambil dan melarikan mereka.

"Malah, kami sendiri pun tak terima apa-apa berita sehingga hari ini,” katanya.

Malah mereka sekeluarga juga masih belum dapat menonton rakaman kamera CCTV tadika berkenaan untuk melihat sendiri individu yang mengambil dua kanak-kanak terbabit.

"Hari ini, tular dengan pelbagai kejadian yang tak diingini. Bukanlah kami minta jadi apa-apa, tetapi itulah benda yang disogokkan hari-hari dalam setiap berita yang dipaparkan.

“Secara tak langsung, ia buat kami bertambah risau,” katanya.

Susulan itu, Fouziah juga meminta agar masyarakat berhenti membuat spekulasi sendiri.

“Saya bagi pihak keluarga mangsa, walaupun ada news yang mengatakan ibunya yang bawa lari, hakikatnya, keluarga ini masih tidak dapat apa-apa kepastian keluarga ibunya.

“Mereka mengatakan tidak pasti. Jadi perlu ke kes ini kita nak ambil mudah? Tanpa mendapat atau mengenal pasti jawapan yang sebenar?

“Kami perlukan doa kalian. Terima kasih dan stop doing your own speculations without knowing the truth!!! Dalam keadaan sekarang kami perlukan bantuan anda untuk spread the news!,” tulisnya sambil disertai #selamatkanaleyadanraheel.

Pada masa sama, Fouziah berbesar hati dengan usaha yang dilakukan sesetengah pihak dalam memudahkan pencarian mereka.

Aleya Reyhana, 4, dan abangnya, Raheel Khan, 6, disedari hilang semasa ibu saudaranya mahu menjemput mereka pulang dari tadika tersebut.

Difahamkan, dua beradik itu diambil oleh seorang wanita yang memberi alasan kepada tadika kerana mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan pada jam 9 pagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED