Translate

12 March 2018

DR MASZLEE UMUM MASUK BERSATU (PPBM)













SINAR HARIAN




PETALING JAYA - “Kalau dicalonkan oleh parti, saya hanya menurut perintah,” kata ahli akademik, Dr Maszlee Malik ketika ditanya sama ada ditawarkan oleh Bersatu menjadi calon PRU14 akan datang, pada sidang media sebentar tadi.

Pada sidang media tersebut, pengumuman rasmi mengenai penglibatan Mazlee dalam Bersatu telah dilakukan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Maszlee berkata, keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang politik diambil berikutan keadaan negara yang kian meruncing dalam pelbagai aspek.

“Bukan hanya ekonomi, politik dan pendidikan, malah kualiti hidup yang berlaku pada hari ini telah mengheret saya untuk keluar dari zon selesa sebagai seorang ahli akademik.

“Setakat ini saya ingin membantu mengukuhkan parti dan dalam hal lain, saya serahkan kepada parti untuk menentukannya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pilihannya untuk bersama Bersatu dan bukannya parti komponen Pakatan Harapan (Harapan) yang lain tidak seharusnya dijadikan isu.

“Selagimana saya memilih parti komponan Harapan, dan bukannya BN, isu ini tidak timbul. Setiap parti komponen Harapan mempunyai kekuatan dan keunikan mereka yang tersendiri.

“Bersatu mempunyai tugas yang unik dan penting dalam memadamkan skeptik dan ketakutan sebilangan orang Melayu terhadap Harapan sekali gus berupaya meraih sokongan daripada golongan ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyedari cabaran dan risiko yang bakal dihadapi dalam meneruskan perjuangannya bersama Bersatu.

“Saya pasti alam politik akan membuka banyak ruang fitnahke atas diri saya dan segala kenyataan, pendirian serta penulisan saya sebelum ini akan disalah erti.

“Hal ini bukan baharu bagi saya dan saya yakin perkara sedemikian akan diulang tayang selepas pengumuman penglibatan saya dalam parti ini dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut yakin pengalaman dan ketokohan Maszlee mampu membawa Bersatu ke satu tahap yang lebih baik.

“Bersatu memang amat mengalu-alukan individu seperti beliau untuk bersama-sama dalam perjuangan parti.

“Sudah semestinya keputusan beliau(Maszlee) dapat menambahkan lagi kekuatan parti dari segi kepimpinan apatah lagi Bersatu adalah sebuah parti yang masih muda dan masih boleh dibentuk dengan perikatan-perikatan yang bersesuaian,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED