Translate

09 January 2018

Victoria Institution Kuala Lumpur yang disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan meraikan ulang tahun ke-125 hari ini





Victoria Institution rai ulang tahun ke-125



KAMARUL AZMAN MOHD. ARIF (Dari kiri), Datuk Dr. Ronald McCoy, dan Khairuzzaman Muhamad dalam Majlis Ulang Tahun ke-125 Victoria Institution hari ini. - UTUSAN


Nur Azreen Arifin

08 Januari 2018 1:14 PM




KUALA LUMPUR 8 Jan. - Victoria Institution (VI) yang tersenarai merupakan antara sekolah tertua di negara ini yang disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan meraikan ulang tahun ke-125 hari ini.


Majlis ulang tahun itu disambut secara sederhana melalui satu perhimpunan yang diadakan di Dewan Warisan sekolah itu yang dihadiri oleh para guru, pelajar dan beberapa tetamu undangan termasuk Pemenang Anugerah Nobel Keamanan (Untuk Pencegahan Perang Nuklear), Datuk. Dr. Ronald McCoy.


Pengetua VI, Kamarul Azman Mohd Arif dalam ucapannya berkata, ini merupakan kali pertama sekolah itu meraikan sambutan ulang tahun sepanjang tahun 2018 memandangkan tahun ini kali ke-125.

Katanya, sambutan itu merupakan inisiatif Persatuan Bekas Penuntut-penuntut Sekolah Victoria (VIOBA).

“Saya turut berbangga kerana turut menjadi sebahagian daripada ahli keluarga VI.

“Seperti sedia maklum VI antara sekolah yang unik kerana umurnya yang melebihi 100 tahun dan melahirkan generasi yang cemerlang,” katanya.

Pada masa sama, McCoy turut berterima kasih atas jemputan yang diberikan dan beliau sangat berbangga dapat kembali ke sekolah yang mendidiknya suatu masa dahulu.

“Saya menyertai VI pada tahun 1945, dan saya sedar selain ibu bapa, sekolah juga antara tempat mendidik yang memberi kesan dalam hidup saya,” katanya kepada Utusan Online.

Pada kesempatan itu, beliau turut menasihatkan pelapisnya agar terus mengekalkan kecemerlangan akademik dan terus mengharumkan nama sekolah tersebut yang merupakan antara tertua di Malaysia.

Pengerusi VIOBA, Khairuzzaman Muhammad pula berkata, persatuan bersama-sama dengan sekolah terus menyokong bekas-bekas pelajar dan pelajar yang masih menuntut untuk terus melakar kejayaan.

“Hari ini kita menjemput bekas pelajar yang mengharumkan nama Malaysia untuk bersama-sama untuk menyambut ulang tahun ke-125.

“Ini bersesuaian dengan objektif VIOBA sendiri untuk membantu dan menyokong adik-adik kami yang sedang menuntut,” katanya. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/victoria-institution-rai-ulang-tahun-ke-125-1.586594#ixzz53dlyr6O6
© Utusan Melayu (M) Bhd









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED