Translate

13 November 2017

Seorang Pengurus Daripada MyCEB meninggal Dunia Ketika Dalam Penerbangan Dari KL ke London


MANISA Mohamed Nor.

Pengurus MyCEB meninggal dalam pesawat

BERITA HARIAN
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Biro Pameran & Konvensyen Malaysia (MyCEB) meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari ibu kota ke London.
Manisa Mohamed Nor, 39, meninggal dunia ketika menaiki pesawat British Airways, BA34 bersendirian. Kejadian itu menyebabkan pesawat berkenaan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Esenboga, Ankara, Turki.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Datuk Zulkefli Sharif, berkata Allahyarham dalam perjalanan untuk menghadiri persidangan Persatuan Konvensyen dan Kongress Antarabangsa (ICCA) ke-56, yang diadakan di Prague, Republik Czech bermula semalam sehingga Rabu.
"Beliau pergi ke Prague setelah memenangi geran ditaja oleh Jawatankuasa Penganjur Kongres ICCA 2016, yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada tahun lalu.
"Manisa memegang jawatan sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran di MyCEB sejak enam tahun lalu.
"Beliau bertanggungjawab menjalankan program Future Leaders dengan universiti tempatan dan pelajar mereka, dalam meningkatkan kesedaran mengenai peluang pekerjaan dalam industri acara perniagaan dan pelancongan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan.
Jenazah Manisa akan dibawa pulang ke Malaysia dengan penerbangan Turkish Airlines dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 5.20 petang esok.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang selepas waktu Isyak.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/350160/pengurus-myceb-meninggal-dalam-pesawat#cxrecs_s

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED