Translate

13 November 2017

Gegar Vaganza musim keempat menyaksikan artis kesayangan ramai, Raja Azura tersingkir di minggu yang ketiga.

Lan Kristal
Lan Kristal



SINAR HARIAN

MALAM tadi Gegar Vaganza musim keempat menyaksikan artis kesayangan ramai, Raja Azura tersingkir di minggu yang ketiga.

Walaupun begitu, pengacara popular ini telah membuat persembahan yang cukup meriah dan sangat menghiburkan cuma nasib tidak menyebelahi dirinya.

10 peserta mara ke minggu seterusnya. Jika minggu lalu, Haida mendapat tumpuan setelah berada di tangga kedua. Bagi minggu ini pula dapat dilihat peningkatan Lan Kristal yang berada di kedudukan Top 3 menewaskan nama-nama besar seperti Hazami, Aishah, dan Tia Jinbara.

Ditanya kepada Lan, jawapnya dia tidak fikir pun mengenai Top 5 atau Top 3. Fokusnya adalah hanya untuk membuat persembahan terbaik.

"Untuk cabaran minggu ketiga, stresnya lain macam sebab dapat lagu Aliff Aziz yang bukan forte saya.

Tak pernah langsung pun nyanyi lagu ini. Kemudian tukar pula jadi R&B. Memang cabaran yang betul-betul 360 bagi saya.

"Lebih stres bila ketika rehearsal Tok Ram (Datuk Ramli MS) cakap, masih ada rock, kemudian rehearsal kali kedua, masih lagi playsafe nak jaga sangat R&B, cuma bila full rehearsal baru Tok Ram cakap dah pecah dinding playsafe tu. Itulah yang memberi semangat kepada saya.

"Selain Tok Ram, saya juga banyak bertanya kepada guru vokal saya iaitu Cikgu Ernie, Cikgu Hazami, Kak Liza Hanim, Kak Haida, Syura dan tanya member-member.

Jadi malam tu saya buat saya ikut R&B cara saya.

Alhamdulilah, begitulah hasilnya," ujar Lan.

Lan telah merencana sesuatu selepas tamatnya GV ini iaitu dia akan muncul dengan projek solo.

"Mudah-mudahan saya dapatlah ke final. Selepas itu barulah saya akan fikirkan sama ada kekal dengan lagu-lagu leman, rock, R&B atau apa pun. Saya akan buat apa yang peminat mahukan," jelasnya.

Berikut merupakan markah bagi minggu ketiga GV4

1. Liza Hanim - 83.40%

2. Firman Siagian - 77.60%

3. Lan Kristal - 77.60%

4. Hazami - 75.60%

5. Tia Jinbara - 75.60%

6. Aishah - 75.40%

7. Syura - 73.8%

8. Haida - 71.8%

9. Aqasha - 63.4%

10. Elyana - 61.4%

11. Raja Azura - 61.2%

Untuk Berita Hiburan Bacalah Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/stres-lain-macam-lan-kristal-1.756532

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED