Translate

13 November 2017

Dengan sekali lafaz, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, sah menjadi suami kepada pasangannya, Rapidah Abd. Ghani, 44



Jalaluddin sah bergelar suami kali ketiga



5PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan, 63, sah menjadi suami kepada pasangannya, Rapidah Abd. Ghani, 44, di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.-UTUSAN


Muhammad Azrul Mohd. Radi

12 November 2017 10:53 AM





KUALA LUMPUR 12 Nov. - Tepat pukul 10.55 pagi dengan sekali lafaz, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, 63, sah menjadi suami kepada pasangannya, Rapidah Abd. Ghani, 44, di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.


Jalaluddin dinikahkan oleh abang kepada Rapidah, Lokman Ghani yang juga seorang penggiat teater dengan mas kahwin berjumlah RM300 sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd Faisal Mohd Noor.



Pada majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang itu, pihak pengantin lelaki memberikan lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000. 


Manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.


Perkenalan antara Jalaluddin dan Rapidah yang juga merupakan seorang ibu tunggal kepada empat orang anak itu bermula pada bulan Ramadan lalu.


Hubungan itu mula terjalin selepas mereka berhubung menerusi laman Facebook dan bertemu buat kali pertama di rumah terbuka kawan baiknya.


Ini adalah pernikahan kali ketiga bagi pelakon dan pengacara yang popular menerusi rancangan Who Wants To Be A Millionare selepas kematian isterinya, Allahyarham Datin Hashimah Mad Ehsan.


Hashimah meninggal dunia pada 5 November tahun lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan paru-paru berair.


Menerusi perkahwinan terdahulu, Jalaluddin mendirikan rumah tangga selama 40 tahun dan memiliki lapan orang anak dan 14 cucu. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/video-jalaluddin-sah-bergelar-suami-kali-ketiga-1.550520#ixzz4yFsb4RRK 



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED