Translate

13 November 2017

Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkuat kuasa 30 Oktober



Shaharudin kini Ketua Polis Daerah Dang Wangi



AMAR SINGH ISHAR SINGH (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi antara Mohd. Sukri Kaman (kiri) dengan Shaharudin Abdullah di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini. - BERNAMA



KUALA LUMPUR 23 Okt. – Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan keselamatan Komuniti (Operasi) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkuat kuasa 30 Oktober ini.


Shaharudin akan menggantikan Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman yang bakal memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi) Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman.


Menurut Shaharudin, memastikan masyarakat di ibu negara sentiasa berasa selamat tanpa gangguan dan jenayah merupakan fokus utama beliau selepas memegang jawatan baharu tersebut.

“Tidak dinafikan, jenayah memang akan sentiasa berlaku namun saya akan mencuba sebaik mungkin untuk meminimumkan kadar jenayah yang berlaku di daerah ini.

“Sememangnya bertugas di bandar raya merupakan cabaran besar namun saya yakin dapat memberi perkhidmatan terbaik berbekalkan pengalaman sepanjang 25 tahun perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) sekitar Kuala Lumpur serta Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis serah terima tugas yang turut disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim di IPD Dang Wangi, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Sukri dalam ucapannya memaklumkan pihaknya telah berjaya mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) jenayah yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur sepanjang 11 bulan menggalas tanggungjawab besar di IPD Dang Wangi.

Ujarnya, indeks kadar jenayah di daerah tersebut mencatatkan penurunan sebanyak 27.1 peratus atau 2,680 kes bagi tempoh Januari hingga September ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Selain itu, dalam tempoh sama, kadar pertuduhan jenayah komersial mencapai sasaran KPI iaitu sebanyak 40.97 peratus manakala kadar pertuduhan jenayah meningkat 21.05 peratus,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/shaharudin-kini-ketua-polis-daerah-dang-wangi-1.541802#ixzz4yFqxumHv 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED