Translate

13 September 2017

Elly Mazlein membuat kejutan dengan menghadiahkan bapaya sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000.


Elly Mazlein Belikan Bapa Mercedes-Benz


.

Sebagai tanda menghargai segala pegorbanan bapanya terhadap dirinya selama ini, Elly Mazlein membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon dan penyanyi popular itu berkata, hadiah itu bakal diberikan selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober ini.

"Apa yang saya lakukan ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan abah selama ini. Sebagai anak saya tak mampu nak membalas jasa dan titik peluhnya.

"Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu.

"Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki," katanya.

Menurut Elly, dia memilih kereta jenis itu kerana berasakan ia sesuai dengan personaliti bapanya.

Elly berkata, ketika sambutan hari jadi bapanya yang lalu, dia menghadiahkannya percutian dan kali ini pula boleh dikira antara pemberian terbesar kepada bapanya itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED