Translate

15 February 2017

Nora Danish, 36, mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Nedim Nazri pada tahun ini

Nora Masih Rahsiakan Tarikh Nikah

..
Aktres Nora Danish, 36, mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Nedim Nazri pada tahun ini.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, ini bagaimanapun masih belum bersedia berkongsi lebih lanjut tarikh dan butiran majlis perkahwinan.
"Ya saya memang akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut.
"Insya-Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk menguar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini," katanya,
Desas-desus mengenai perkahwinan Nora dan Nedim mulai diperkatakan sejak tahun lalu lagi. Namun, ketika itu Nora belum memberikan sebarang kepastian berkenaan perancangan perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Nora berkata dia akan memperlahankan aktiviti lakonan selepas berkahwin nanti.
"Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Kalau berlakon pun tak kerap macam sekarang.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED