Translate

17 January 2017

Penerbit drama terkenal, Datuk Ziela Jalil mengakui kesilapannya apabila terlambat membuat bayaran kepada beberapa pelakon telefilem terbitannya

Ziela Jalil Perjelas Isu Lambat Bayar Pelakon

Malaysian Digest
..
Penerbit drama terkenal, Datuk Ziela Jalil mengakui kesilapannya apabila terlambat membuat bayaran kepada beberapa pelakon telefilem terbitannya yang menjalani penggambaran di Cardiff, Wales seperti yang didakwa pelakon Hafeez Mikail, baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, Ziela menjelaskan, semuanya berlaku secara tidak sengaja di mana mereka sepatutnya hanya menjalani satu penggambaran drama bersiri di negara itu, namun pada saat akhir terpaksa menjalani satu lagi penggambaran telefilem kerana masih mempunyai masa mencukupi di sana.
Tambahnya lagi, bayaran untuk drama bersiri sudah lama dibuat, tetapi untuk telefilem mereka perlu menunggu tawaran daripada stesen tv berikutan telefilem berkenaan belum lagi mendapat slot tayangan.
Semua pelakon sudah dimaklumkan mengenai perkara itu, justerubeliau tidak faham kenapa Hafeez masih tidak berpuas hati.
"Dalam pada sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaiku, saya terlupa menguruskan soal bayaran untuk telefilem berkenaan, namun Rahila (pengarah) sudah memaklumkan kepada Hafeez dan pelakon lain.
"Jadi, saya tidak faham kenapa Hafeez masih bising dan tidak puas hati. Saya sedar kesilapan datang daripada saya, namun perkara boleh dibawa berbincang dan bukan dengan cara dia bising-bising begini," katanya.
Berikutan kecewa dengan sikap Hafeez, penerbit produksi Pena Creative Sdn Bhd itu tidak berminat untuk mengambil pelakon berkenaan berlakon lagi dalam drama terbitannya pada masa akan datang.
“Sebenarnya saya tidak kenal yang mana satu Hafeez kerana sepanjang berada di Cardiff, semuanya adalah di bawah tanggungjawab Rahila.
“Apabila Hafeez bertindak begini, saya rasa kecewa namun tidak berdendam dengannya kerana faham dia mempertahankan haknya,”katanya.
Ziela berkata, dia sudah menjelaskan bayaran untuk Hafeez sebanyak RM4,000 dan akan melunaskan bayaran pelakon-pelakon lain juga.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED