Translate

19 January 2017

Jururawat parah ditoreh muka dengan pisau oleh peragut





METRO


Lahad Datu: "Saya tidak boleh komen apa-apa. Kami masih terkejut dengan apa yang berlaku," kata ahli keluarga jururawat yang parah ditoreh muka dengan pisau oleh peragut ketika cuba meragut beg tangan mangsa terbabit.

Kejadian 9 malam kelmarin di kawasan parkir pasar raya Bandar Sri Perdana, Jalan Silam, di sini, mangsa Normalia Tuang, 42, yang bertugas sebagai jururawat di klinik swasta, parah di dahi, hidung dan mulut.


Ahli keluarga mangsa yang ditemui wad Hospital Lahad Datu masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya masih mengesan suspek terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan gambaran yang diberikan mangsa, suspek berbadan kurus, tinggi lebih kurang dua meter dan berambut keriting serta berkulit gelap.

"Ketika kejadian, suspek berpakaian hitam dan anggaran usia 30-an," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Hamzah, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED