Translate

06 December 2016

Niat memancing tiga beradik berakhir apabila mereka ditemui lemas


Niat Memancing Tiga Beradik Berakhir Berakhir Tragedi, Ditemui 300 Meter Dari Rumah
THE STAR




PEKAN - Niat memancing tiga beradik berakhir apabila mereka ditemui lemas di sebuah kawasan berparit dekat kampung Permatang Jerek Merchong, Nenasi, petang tadi.

Mayat ketiga-tiga mereka, Nor Aleeza Marliyana Mohd Rasid, 12, Mohamad Firdaus, 11 dan Nor Alia Mardiana, 7, ditemui kira-kira jam 4 petang.

Difahamkan ketiga-tiga mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya itu keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang untuk memancing di kawasan parit tersebut.

Bapa mangsa berada di rumah dan kawasan parit itu hanya terletak kurang 300 meter dari rumah mereka.



Selepas satu jam kira-kira jam 3 petang, ketiga-tiga adik beradik itu masih belum pulang ke rumah menyebabkan bapa mereka keluar mencari ke kawasan itu.

Namun, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, bapa mendapati anak perempuannya berusia 12 tahun dalam keadaan terapung sebelum meminta bantuan jiran mencari dua lagi anaknya.

Usaha mencari akhirnya menjumpai kedua-dua mangsa di dalam parit pada kedalaman dianggarkan lebih kurang enam kaki.

Mayat kesemua mangsa dibawa balik ke rumah oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED