Translate

28 November 2016

Nora Ariffin menjadi penyanyi terakhir tersingkir pada pertandingan separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3)

GV3 : Nora Tersingkir, Enam Penyanyi Mara ke Final

..
Nora Ariffin menjadi penyanyi terakhir tersingkir pada pertandingan separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3), yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Sementara itu, Azharina Azhar, Siti Sarah dan Zarul menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke pentas akhir. Turut memberi saingan sengit merebut gelaran juara adalah Intan Sarafina, Ameng dan Gmie.
Peserta dipilih oleh juri profesional Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan, Puan Sri Tiara Jaquelina.
Pada pentas separuh akhir, semua peserta membawakan dua lagu iaitu solo dan duet bersama penyanyi undangan masing-masing.
Seramai 12 peserta bersaing selama lapan minggu pada edisi GV3. Pertandingan akhir bakal menyaksikan setiap peserta mempersembahkan dua lagu.

sumber : BH online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED