Translate

21 November 2016

Edry Halim - Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak sambil Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak ialah Habsah Hassan


Edry Kekal Sebagai Komposer Pendapatan Terbanyak
THE STAR

.

Pencipta lagu yang juga penyanyi, Edry Abdul Halim, kekal sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak seperti diumumkan pada majlis Malam Mesra MACP 2016, malam tadi.

Edry yang menerima pengiktirafan itu tiga tahun berturut-turut mengetepikan dua calon lain iaitu Datuk M Nasir dan Saari Amri.

Selain itu, anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak dimenangi oleh Habsah Hassan. Turut dicalonkan dalam kategori itu ialah Juwie dan Loloq.

Sebanyak 10 anugerah disampaikan pada penganjuran edisi ke-21 ini termasuk anugerah khas, Nadi Cipta, yang dimenangi A Ali atau nama sebenarnya Hamdan Atan.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basaruddin Sadali.

Anugerah Komposer Muda Berpotensi pula milik penyanyi Cinta Muka Buku, Najwa Latif. Anugerah lain seperti Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak dimenangi syarikat rakaman milik M Nasir, Luncai Emas Sdn Bhd. Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak pula dimenangi Universal Music Publishing Sdn Bhd.

Majlis penganugerahan itu anjuran badan kutipan royalti tanah air, Persatuan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP) mengiktiraf ahlinya yang juga pencipta lagu dan penulis lirik tanah air.

sumber : Berita Harian
Senarai penuh penerima Anugerah MACP 2015:

1. Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak
Lagu: Rescue
Penyanyi : Yuna
Komposer & Penulis Lirik: Yuna/Chris Braide

2. Persembahan Lagu Cina Terbanyak
Lagu: Quan Shi Jie Dou Yi Wei Wo Men Zai Yi Qi
Artis: Fuying & Sam
Komposer & Penulis Lirik: Peng Xue Bin/Li Zhi Qing

3. Persembahan Lagu Melayu Terbanyak
Lagu: Gadis Jolobu
Artis: Waris & Datuk Hattan
Komposer & Penulis Lirik: DJ Fuzz/Waris/Datuk Hattan

4. Persembahan Lagu Luar Negara Terbanyak
Lagu: Masih Mencintainya
Artis: Papinka
Komposer & Penulis Lirik: Chevra & Berry

5. Persembahan Lagu Tempatan Di Luar Negara Terbanyak
Lagu: Tian Hou
Artis: Andrew Tan
Komposer & Penulis Lirik: Peng Xue Bin

6. Artis Muda Berpotensi
Amir Jahari

7. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak
Luncai Emas Sdn Bhd

8. Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak
Universal Music Publishing Sdn Bhd

9. Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak
Habsah Hassan

10. Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak
Edry Abdul Halim

11. Anugerah Nadi Cipta
Sharuddin Amin

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED