Translate

20 October 2016

Pelakon Mia Ahmad akhirnya mengesahkan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan


Mia Ahmad & Izham Tarmizi (JDT) Bakal Kahwin
Mstar


Mia Ahmad


KUALA LUMPUR: Pelakon Mia Ahmad akhirnya mengesahkan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan, 25, ialah cinta hatinya dan sudah memikirkan hasrat berumah tangga.


Mohd. Izham Tarmizi.Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 28, berkata, buat masa ini masih belum ada tarikh bagi tujuan berkenaan.

"Alhamdulillah kami sudah berkenalan selama setahun dan jujurnya saya selesa bersama Izham.

"Insya-Allah jika ada jodoh kami akan berkahwin tetapi bukan dalam waktu terdekat memandangkan jadual Izham yang padat," katanya kepada mStar Online.

Mia ditemui pada majlis memperkenalkan hos Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Mia berkata, hubungan tersebut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Mia yang pernah popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan sebelum ini dikaitkan dengan penjaga gol JDT itu selepas tersebar gambar sambutan hari jadinya yang dianjurkan oleh Izham di sebuah kafe

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED