Translate

01 October 2016

Isteri Mangsa Kemalangan Go Kart Rayu Telefon Bimbitnya dipulangkan kerana banyak gambar arwah suami dan anak tersimpan di dalamnya.

"Tolong Pulangkan Telefon Bimbit Saya", Rayu Isteri Mangsa Kemalangan Go-kart


Sedihnya terdengar kisah ini pagi ini, orang dilanda kesusahan ada manusia yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan yang berlaku kepada orang lain.

Mana tidaknya, disebalik kehilangan suami dan anak tercinta dalam kemalangan di Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) baru-baru ini, Siti Suhaiza Seman, 38, juga kehilangan telefon bimbitnya yang diambil orang ketika kejadian.

Beliau merayu dan belas ikhsan individu tersebut yang mengambil telefon berkenaan agar memulangkannya kembali kerana banyak gambar arwah suami dan anak tersimpan di dalamnya.

Menurut beliau, dia tidak kisah jika telefon jenis Samsung Note 3 berkenaan hilang, tetapi yang dikisahkanya ialah terlalu sayangkan gambar di dalamnya yang menjadi kenangan keluarga serta pengubat rindu apabila teringatkan mereka berdua.

“Kami percaya telefon bimbit berkenaan diambil seseorang ketika keadaan kelam-kabut kerana selepas kejadian itu, kami masih boleh menghubungi nombornya tetapi ia dimatikan apabila cuba dihubungi sekali lagi.

“Saya berharap telefon itu dipulangkan semula dan berjanji tidak memarahi atau mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit, saya cuma mahukan gambar di dalamnya,” katanya dipetik tulisan Harian Metro.

Beliau semalam menyatakan kemergian suaminya, Izwan Isa, 39, dan anak perempuannya, Nur Zulaikha, 5, perlu diberi pembelaan sewajarnya untuk memberi pengajaran kepada pihak berkenaan.

“Kalau perlu saman, samanlah...bukan sebab benci tetapi sebagai pengajaran kerana kecuaian. Kalau arwah (Izwan) masih hidup pun dia seorang yang tegas,” katanya.

Beliau semalam menerima beberapa sumbangan seperti daripada pihak Perkeso, manakala Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama tempat beliau mengajar turut tampil memberikan sumbangan di mana pencen sebanyak RM2000 diberikan kepadanya bermula bulan depan.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi ahad lalu, Izwan dan Nur Zulaikha yang menonton perlawanan EIMARACE di luar penghadang telah terbunuh selepas dirempuh kereta Go-kart yang hilang kawalan di Jalan SUKPA.

Seorang lagi anaknya, Muhammad Izz Danial, 7, cedera dan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED