Translate

30 September 2016

Ada individu Menyamar Pelakon Niena Baharun di WhatsApp Group Chat dan menyebarkan fitnah dia tidur dengan pelakon Raja Afiq

Individu Menyamar Niena Baharun Mengaku Tidur Bersama Raja Afiq

STAR2.com
kamelia@thestar.com.my


Niena Baharun dan Raja Afiq.


PETALING JAYA: Pelakon Niena Baharun kesal apabila ada pihak sanggup menyamar sebagai dirinya dalam laman sembang di aplikasi sosial grup WhatsApps dan menyebarkan fitnah dia mempunyai hubungan sulit dengan aktor gandingannya dalam drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq.

Niena atau nama sebnarnya Amaniena Baharun, 23, berkata, dia tidak pernah menyertai mana-mana grup sembang seperti paparan skrin yang tersebar melainkan grup WhatsApp yang diwujudkan berkaitan urusan kerja semata-mata.

"Saya tidak menjangka perkara ini akan berlaku, saya tidak pernah menyertai mana-mana grup WhatsApp bersama peminat-pemiant seperti yang tersebar itu melainkan grup berkaitan kerja yang dibuat oleh pihak produksi.

"Saya harap orang yang cuba fitnah saya itu diberi hidayah dengan apa yang telah dilakukan itu," ujarnya kepada mStar Online.

Niena mengulas tentang paparan skrin grup WhatsApp menjadi viral menunjukkan perbualan kononnya dia berbual bersama peminat-peminat dan bercerita tentang hubungan istimewa dengan Raja Afiq.



Grup WhatsApps palsu yang mengaitkan Niena Baharun.


Bagaimanapun, aktres ini berkata, dia enggan menuduh mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan dengan mempunyai tujuan tertentu.

"Saya tidak berani nak tuduh atau syak siapa-siapa, takut timbul fitnah lain pula. Saya berserah sahaja dan berharap peminat-peminat dan orang luar tidak mempercayainya," ujar Niena.

Katanya, dia juga ada berbincang dengan Raja Afiq tentang perkata tersebut dan menganggap ia sebagai salah satu cabaran sebagai pelakon.

Niena berkata, selain sebarang paparan skrip palsu itu, dia dan Raja Afiq turut berhadapan dengan pelbagai akaun palsu yang menggunakan nama mereka.

Dalam pada itu, Niena berkata, perkara tersebut tidak menjejaskan fokusnya terhadap penggambaran dokumentari berjudul Ceritaku yang bakal bersiaran di SalamHD di HyypTV.

"Alhamdulillah perkara itu tidak menganggu saya untuk memberi fokus kepada kerja. Sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran dokumentari berjudul Ceritaku yang bakal bersiaran tidak lama lagi," ujarnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED