Translate

22 August 2016

Aktres kontroversi Zarina Anjoulie selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu

Zarina Anjoulie Dapat Anak Lelak

..
Aktres kontroversi Zarina Anjoulie selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, di Brunei.
Memetik laporan Harian Metro, Zarina berkata, sebelum ini dia menyangka anak sulungnya yang dilahirkan di sebuah hospital di Brunei itu perempuan.
"Saya belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya lelaki," katanya.
Pelakon drama bersiri Anak Pontianak itu turut berkongsi berita kelahiran di akaun Instagram bersertakan gambar bayinya.
"Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya," katanya di Instagram.
Zarina kini menetap di Brunei selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tahun lalu.

Malaysia Digest



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED