Translate

28 February 2016

Dengan dua kali lafaz, penerbit filem, Raja Azmi dan juga Mohd Eddie Ghazali sah bergelar suami isteri buat kali kedua



Dengan dua kali lafaz, penerbit filem, Raja Azmi dan juga Mohd Eddie Ghazali sah bergelar suami isteri buat kali kedua. Pasangan berkenaan bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Akad nikah berkenaan disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al- Ridhuan Ulu Klang di sini kira-kira pukul 10.15 malam. Raja Azmi diwakil walikan oleh adiknya iaitu Raja Azhar Raja Sulaiman.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala tiada sebarang wang hantaran disediakan.
“Saya berharap ini adalah keputusan yang terbaik buat kami berdua,” katanya kepada mStar Online. Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK yang sebelum ini seorang duda selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008. (rtky/s)

Source: Rotikaya

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED