Translate

23 January 2016

Siti Nurhaliza mengumumkan bakal mengadakan konsert pencuma khas buat para peminatnya di Dewan Plenari, KLCC.sempena hari jadinya


Siti Hadiahkan Konsert Percuma Sempena Hari Jadinya



SETELAH hampir 20 tahun berada dalam industri seni, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan bakal mengadakan konsert pencuma khas buat para peminatnya di Dewan Plenari, KLCC.
image (1)
Difahamkan, konsert yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 5 dan Mac depan ini merupakan konsert terakhir Siti sebelum dia berehat seketika selama tiga bulan.
Menurut penyanyi Cindai ini, konsert itu adalah hadiah istimewanya kepada peminat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 11 Januari lalu.
“Kepada peminat yang ingin hadir ke konsert ini, caranya mudah saja. Mereka perlu melanggan aplikasi muzik Yonder menerusi perkhidmatan Celcom.
“Memandangkan kapasiti dewan boleh memuatkan sehingga 6,000 penonton pada satu satu masa, siapa cepat dia dapat,” katanya di majlis sambutan hari jadinya di Hulu Klang malam tadi.
Siti-Nurhaliza-Bermadu-Cinta-Bersama-Suami-di-Istanbul-ROTIKAYA20150323_1751-700x558
Dalam konsert tersebut, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini dijangka menyanyikan 20 lagu bersempena ulang tahun ke 20 pembabitannya dalam dunia seni tanah air.
Sebelum ini, Siti pernah meluahkan hasrat hati mahu memperlahankan karier seni pada tahun ini bagi memberi tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan cahaya mata selepas keguguran tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED