Translate

25 December 2015

Tindakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan mencuri tumpuan ramai pihak apabila beliau membantu mangsa kemalangan


Timbalan Menteri Arah Pemandu Hentikan Kereta Untuk Bantu Mangsa Kemalangan


Seremban, 24 Dis: Tindakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan mencuri tumpuan ramai pihak apabila beliau membantu mangsa kemalangan di Kilometer 8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tapah itu dilaporkan dalam perjalanan ke Bukit Pelandok, Port Dickson mengarahkan pemandunya agar memberhentikan kenderaan ketika kejadian.

Saravanan kemudian bersama pengguna jalan raya yang lain membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Dalam kejadian itu, empat individu tersepit dalam kenderaan apabila kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas.

"Bagaimanapun semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan," kata sumber polis. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED