Translate

27 September 2015

Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu telah mengganggu jemaah di dalam Masjid Al Khair di Singapura

Lelaki 'Dirasuk' Buat Kacau Dalam Masjid, Terpekik-Pekik Dan Bersilat


SINGAPURA: Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu telah mengganggu jemaah di dalam Masjid Al Khair yang terletak di1 Teck Whye Crescent, Singapura.

Berdasarkan rakaman video yang dimuatniak ke laman sosial, lelaki berkenaan diliaht bersilat dan menjerit-jerit di dalam dewan utama masjid berkenaan ketika jemaah mahu mengerjakan solat Zohor.

Memetik laporan BERITAMediaCorp, mereka telah menghubungi Pengerusi Masjid Al Khair, Encik Rashid Ramli di mana beliau telah mengesahkan kejadian 'rasuk' itu.

Menurutnya, semasa kejadian, bilangan jemaah di dalam dewan solat masjid itu masih tidak ramai dan video kejadian tersebut sempat dirakamkan jemaah yang berada ditingkat atas masjid.

Semasa kejadian, Imam Eksekutif Masjid Al Khair, Ustaz Fakhrudin Zaki, kelihatan melaungkan azan bagi menenangkan pemuda yang tidak dikenali itu di mana lelaki yang dirasuk tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat.

Pada suatu ketika, lelkai itu dilihat turut bersilat dan membuat akrobatik dengan kakinya hampir menendang dan mengena imam masjid.

Encik Rashid menambah, lelaki itu kelihatan 'dirasuk' atau mengalami histeria. Dia kemudian ditangkap dan direbahkan ke lantai oleh sekitar 10 orang jemaah dan kakitangan masjid untuk ditenangkan.

Setelah tenang semula, pemuda berkenaan telah dibawa kelaur oleh beberapa orang jemaah lain.

Menurut Rashid lagi ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku melibatkan jemaah histeri atau dirasuk di Masjid Al Khair.

Sebelum ini berlaku kejadian di mana seorang penuntut ITE perempuan, juga mengalami kejadian rasuk, dedah beliau. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED