Translate

28 September 2015

Pasangan penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy sah mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.

Doakan Yang Terbaik Untuk Kami - Akim


..
Pasangan penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy sah mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.
Ia diakui sendiri oleh Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 24, menerusi laman Instagram H! Live.
"Syukur Alhamdulillah. Majlis pertunangan saya Stacy telah selamat berlangsung tadi (26 September).
"Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Doakan yang terbaik untuk kami pada masa akan datang," katanya menerusi laman tersebut seperti yang dilaporkan Kosmo!
Sementara memetik laporan mStar online, Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, berkata, selepas memeluk Islam pada 24 Ogos lalu, keluarganya menganggap tidak manis dia dan Akim sering dilihat bersama apatah lagi hubungan mereka sudah menjangkau lebih enam tahun.
"Mak dan ayah kami minta ia disegerakan. Saya pun sudah masuk Islam, perlukan bimbingan. Tambahan pula kami sudah enam tahun berkawan. Dalam Islam pun tidak elok untuk lelaki dan wanita sering berdua-duaan jika tiada ikatan.
"Selepas berbincang, kedua-dua pihak bersetuju melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu lalu," katanya.
Bagaimanapun Stacy enggan mengulas mengenai apa yang dibincangkan semasa majlis pertunangan itu.
Sumber : Kosmo


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED