Translate

30 September 2015

Bas persiaran mengalami kerosakan brek merempuh lapan kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis yang diletakkan di Genting Highland


Bas Persiaran Dipercayai Rosak Brek Rempuh 8 Kereta



Kuala Lumpur, 29 Sept: Sebuah bas persiaran yang dipercayai mengalami kerosakan brek merempuh lapan kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis yang diletakkan di Taman Cendawan, Jalan Genting Highland petang tadi.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 4.15 petang itu, bas terbabit sedang menuruni bukit.

Pemandu bas berkenaan yang berusia 49 tahun gagal mengawal basnya sebelum ia terbabas dan memasuki kawasan parkir pusat penanaman cendawan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, beberapa kenderaan rosak dalam kejadian namun pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati, bas persiaran itu dipercayai mengalami kerosakan brek sebelum hilang kawalan dan merempuh deretan kerata yang diletakkan di parkir kawasan berkenaan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian tiada pemandu kenderaan dan bas persiaran terbabit juga tiada penumpang," katanya memetik laporan Harian Metro.

Bas yang terlibat telah dibawa ke cawangan Trafik IPD Bentang bagi pemeriksaan brek oleh PUSPAKOM, JPJ dan SPAD untuk siasatan. - Siakapkeli.my























Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED