Translate

28 September 2015

2 cedera manakala beberapa motosikal dan kereta rosak selepas satu konkrit pembetungan yang dibawa treler terjatuh dekat plaza tol Serdang

Dua Cedera, Konkrit Terjatuh Atas Jalan

Antara kereta yang rosak terkena serpihan konkrit. FOTO ihsan pembaca/ Harian MetroAntara kereta yang rosak terkena serpihan konkrit. FOTO ihsan pembaca/ Harian MetroSERDANG: Dua cedera manakala beberapa motosikal dan kereta rosak selepas satu konkrit pembetungan yang dibawa treler terjatuh di Kilometer 305.4 Leburaya Utara Selatan, 6.45 pagi tadi.
Kejadian itu berlaku dari arah Serdang menghala ke Sungai Besi selepas 800 meter dari Plaza Tol Serdang.
Difahamkan, konkrit yang diletakkan bertindih tersangkut pada laluan bertingkat menyebabkan ia terjatuh.
Menurut jurucakap pasukan paramedik Hospital Serdang, dua pemandu cedera selepas kereta yang dipandu tidak sempat mengelak konkrit yang terjatuh.
Katanya, beberapa kereta dan motosikal turut terkena serpihan konkrit itu.





--Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED