Translate

23 April 2015

Isteri kepada Awie iaitu Rozana Misbun memberitahu hidungnya retak serta dua tulang rusuk kirinya patah akibat dipukul suaminya

Isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun memberitahu hidungnya retak serta dua tulang rusuk kirinya patah akibat dipukul suaminya itu tahun lalu. Kenyataan Rozana itu dilakukan di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.
Tambah Rozana lagi, Awie turut bertindak menumbuk mukanya bertubi-tubi selepas berlaku perselisihan faham di rumah sewa mereka  pada jam 1.30 petang tanggal 2 Jun 2014 yang terletak di Ukay Perdana, Ampang. Pertengkaran mula berlaku apabila Awie menuduh beliau mencuri wang milik suaminya itu meskipun berkali-kali menjelaskan ia digunakan untuk perbelanjaan keluarga malangnya Awie tetap tidak percaya .
Ketika kejadian, berlaku perselisihan faham di antara kami di dalam bilik pembantu rumah kami selepas dia menuduh saya menggunakan wangnya tanpa kebenaran.
Saya menjelaskan wang berkenaan digunakan untuk perbelanjaan keluarga namun dia tidak percaya sebelum menumbuk wajah saya bertubi-tubi terutama pada bahagian hidung.
Rozana menjelaska perkara berkenaan bagi menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Reen pada hari kelima perbicaraan kes berkenaan. Perbicaraan tersebut didengar di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Awie juga bertindak ganas dengan menendang pada bahagian rusuk kiri Rozana  dan memijak badannya menggunakan kaki malah turut menendang mukanya ketika dia rebah.
Meneruskan keterangannya, Rozana berkata, Awie kemudiannya menarik rambutnya sebelum mengheretnya ke ruang tamu sebelum mukanya ditendang sekali lagi sehingga berdarah.
Saya ketika itu duduk di sofa dan dia tendang muka saya sekali lagi dan darah mengalir keluar dari hidung. Saya merayu kepadanya supaya menghentikan perbuatannya itu namun dia mengambil kayu ‘monopod’ dan menghayun ke bahagian kiri telinga saya dan batang berkenaan patah tiga.
Kecederaan tersebut dikenal pasti selepas Rozana menjalani rawatan di Hospital Pandan hasil ujian sinar X mendapati hidungnya retak dan dua tulang rusuk kirinya patah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED