Translate

23 April 2015

Mayat Seorang Lelaki Ditemui Gantung Daripada Pokok

GAMBAR: Warga Asing Ditemui Gantung Diri Di Dahan Pokok



Orang ramai sekitar Parit Raja, Johor berhampiran dengan Hotel Pintar terkejut awal pagi tadi apabila menemui sekujur mayat tergantung di pokok berhampiran kawasan tersebut.

Kejadian itu disedari orang ramai ketika melalui kawasan tersebut apabila ternampak seseorang dengan kaki terjuntai dengan tali terjerut ditengkuk.



Menurut sumber, berdasarkan pemerhatiannya mayat lelaki tersebut bukan warga tempatan dan beliau mengatakan wajah lelaki itu seperti warganegara Nepal.

Pihak bomba yang dihubungi telah bergegas ke tempat kejadian dan telah berjaya menurunkan mayat tersebut.

Pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan ia kes bunuh diri. - Siakapkeli.com.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED