Translate

30 January 2014

Raja Azmi Jawab Tuduhan Tanggung Suami

Raja Azmi Jawab Tuduhan Tanggung Suami

Penerbit filem yang acap kali dilanda kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman menjawab tuduhan sesetengah pihak yang mendakwanya menanggung suami, Mohd Eddie Ghazali. Raja Azmi yang lebih mesra disapa sebagai Kak Mi mendirikan rumah tangga bersama Eddie pada 13 Oktober tahun lalu.

"Ada orang yang mengatakan saya menanggung suami. Bagi saya, saya tidak kisah mengenai cakap-cakap dan tohmahan orang. Dulu sewaktu saya masih bersama bekas suami, Jalani Sidek, orang mendakwa saya mengikis duit suami, kini bila saya bersama Eddie pula, timbul dakwaan mengatakan saya menanggung dirinya. Orang takkan berhenti bercakap dan semua orang ada tanggapan sendiri," ujar wanita yang berusia 55 tahun ini.
"Bagi saya, hubungan sebagai suami dan isteri kena ada sikap bantu membantu. Apa salahnya jika saya membantu suami pun. Apa yang penting, saya cuba menjadi isteri mithali. Perkahwinan pertama saya gagal, kini saya mendapat peluang kedua dan saya ingin mencuba menjadi isteri yang lebih baik," ujar Kak Mi lagi.

Tambah Kak Mi, kehidupannya selepas bergelar isteri kepada Eddie berjalan dengan lancar. Baginya, selagi dia dan suami aman dan bahagia, semuanya akan berjalan dengan baik. Hubungannya dengan bekas suami juga masih baik dan mereka menghormati antara satu sama lain.

Konsert Gelombang Salamiah Hassan
Dalam pada itu, mengulas mengenai sambutan menggalakkan Konsert Gelombang Salamiah Hassan yang berlangsung baru-baru ini, Kak Mi yang bertindak sebagai penerbit konsert itu menjelaskan yang pihak produksinya ada perancangan untuk membawa konsert tersebut menjelajah beberapa destinasi di luar Lembah Klang.

"Ada perancangan untuk membawa konsert tersebut untuk ke Singapura.  Insya-Allah perkara tersebut akan berlangsung pada bulan Mei ini. Ada juga pihak penaja yang berminat untuk membawa konsert ini ke Sabah dan Sarawak, tetapi semuanya masih dalam perbincangan," ulas Kak Mi lagi.

"Selain itu, saya juga mempunyai hasrat untuk mengadakan konsert seterusnya di Istana Budaya. Dalam perancangan saya, saya teringin untuk mengadakan konsert bercorak 'rock and blues' ke pentas Istana Budaya satu hari nanti," ujar Kak Mi mengakhiri perbualan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED