Translate

24 December 2013

Ellie Suriati Mendakwa Dia Dipecat Dan Bukan Menarik Diri Daripada Penggambaran Filem KL Cinta Mandi Toq

Ellie Suriati Dakwa Dipecat

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Pelakon dan pengarah Ellie Suriati membidas kenyataan produser syarikat White Merpati Entertainment Sdn Bhd, S.Baldev yang mendakwa dia menarik diri pada saat akhir sebelum mula penggambaran filemKL Cinta Mandi Toq.
Memetik kenyataan di mStar online, Ellie berkata, sebaliknya mendakwa dia telah dipecat oleh Baldev menerusi panggilan telefon selepas dia mempersoalkan tentang pengangkutan ke tempat penggambaran yang tidak disediakan oleh produksi.
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak menarik diri seperti dilaporkan tetapi Baldev sendiri yang memecat saya apabila saya mempersoalkan tentang pengangkutan untuk ke lokasi penggambaran yang sepatutnya disediakan oleh pihak produksi.
"Mengapa dia ingin menyaman saya kerana bukan saya menarik diri tetapi dipecat. Saya yang menanggung kerugian dan bukannya dia.
"Apa yang dikatakan mengenai saya menerusi akhbar tersebut adalah tidak benar dan ia mengguris perasaan saya," katanya.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Baldev mahu menyaman Elly kerana didakwa gagal memulangkan semula wang pendahuluan yang diambil sebanyak RM4,500 selepas menarik diri pada saat akhir untyuk membintangi filem tersebut.
Surat saman berkenaan juga telah diserahkan kepada Ellie menerusi syarikat guaman, Shook Lin & Bok, Associates & Solicitors pada 12 Disember lalu.
Filem genre komedi aksi itu diarahkan oleh Arjil Uppal dan turut dibintangi oleh Soffi Jikan, Puteri sarah Liyana, Taiyuddin Bakar, dan Datuk Aziz Satar.
Dalam perkembangan sama, Ellie berkata, dia tidak akan tunduk dengan permintaan Baldev untuk memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana tidak mahu sewenang-wenangnya ditindas tanpa dia menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
"Kalau saya bayar seperti yang diminta itu membuktikan saya tarik diri seperti didakwa. Saya tidak akan mengalah dan ditindas dengan begitu mudah.
"Sekiranya saya bayar ia seolah-olah membenarkan kepada penindasan terhadap golongan pelakon seperti saya," jelasnya.
Sementara itu, Ellie berkata dia telah menyerahkan perkara tersebut kepada Biro Aduan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk nasihat sekaligus menyelesaikan masalah tersebut.
Jelas Ellie, dia mengakui silap tidak membaca keseluruhan kontrak tersebut kerana meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Baldev dan tidak menyangka telah ditipu.
"Saya tandatangan kontrak itu kerana telah diyakinkan oleh salah seorang pekerjanya yang memberitahu kontrak tersebut sama seperti mana syarikat produksi lain dan saya percaya sepenuhnya dengan syarikat tersebut.
"Kekecohan bermula apabila saya bertanya tentang pengangkutan untuk ke lokasi dan diberitahu pihak mereka tidak menyediakan pengangkutan dan ia telah termaktub dalam kontrak," katanya.

sumber : mStar online
Malaysian Digest


TO ENJOY 15% DISCOUNT SIMPLY REGISTER NEW EMAIL & MAKE YOUR PURCHASE NOW

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED